Tuesday, December 24, 2013

Owl Kids Pillow


Kids Pillow 
Saiz 16.5' x 12'
Material Designer Cotton + Kekabu

Thursday, October 31, 2013

Clean and clear

nampak kosong je blog ina ni kan,
memg kosong! sebab ina dah delete semua post2 sebelum ni,
ha ah dah delete.. :)

sebab nya?
bialah ina mulakan dengan muka buku baru..
yg lama dijadikan pengajaran buat ina.

Alhamdullillah sekarang ni ina rasa lebih tenang.
Terima Allah.

DOA MOHON TERHINDAR DARI ORANG YANG ZALIM @ FITNAH



Doa dari orang-orang yang dizalimi dan difitnah adalah juga sama seperti doa orang-orang yang dianiayai. Tiada hijab bagi doa orang-orang yang dianiayai. Allah SWT akan segerakan balasan di dunia dan akan diazab di neraka nanti. 

Oleh yang demikian jangan menzalimi dan memfitnah seseorang yang belum tentu ia bersalah atau tidak kerana mungkin doa ia akan dimakbul Allah SWT. Memfitnah seseorang itu seperti juga membunuh. 

Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10 - 11 tafsirnya: 
"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan." 
Diriwayatkan daripada Khuzaifah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya: 
"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)." (Hadis riwayat Imam Muslim).
Hanya Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa orang yang membuat fitnah sekiranya orang yang difitnah itu memaafkan kamu.

Doa ini boleh dibacakan selepas setiap kali solat. Dijauhkan dari orang-orang yang zalim dan dijauhkan dari fitnah orang. InsyaAllah.


RABBANAA AKHRIJNAA MIN HAADZIHIL QARYATIZH ZHAALIMI AHLUHAA, WAJ'AL LANAA MIN LADUNKA WALIYAA. WAJ'AL LA NAA MIN LADUNKA NASHIIRAA.

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).

**sesungguhnya aku tidak mampu menutup mulut mulut orang yg memfitnah,aku hanya mampu berdoa,hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya sama ada dimuka bumi ini atau di akhirat. 
sumber dari google

8 Cara Untuk Bersihkan Hati.

1.  Jaga Solat Fardhu 5 Waktu

2. Sentiasa Berdoa kepada Allah

3. Bertaubat Atas Segala Dosa-dosa

4. Banyakkan Berzikir Mengingati Allah

5. Rajin Membaca Al Quran

6. Sentiasa Melakukan Kebaikan

7. Rajin menuntut Ilmu

8. Menjaga Makan Dan Minum